Mengenai Fakta COVID-19

 

Penyebaran Koronavirus telah menjadi tumpuan utama media global serta menimbulkan kebimbangan pengguna terhadap risiko daripada COVID-19 dan infodemik mengenainya. Kebimbangan tentang risiko daripada wabak ini, dan skala cabaran kesihatan awam, telah menyebabkan peningkatan ketara dari ramai untuk mencari maklumat mengenai apa yang patut dilakukan untuk melindungi diri serta mencegah jangkitan virus.

Pengguna mencari sumber dalam talian untuk panduan tentang apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Bagaimanapun, bukan semua maklumat adalah berdasarkan fakta sains yang sahih. Jurang maklumat telah menyebabkan maklumat dan tanggapan yang salah serta mitos disebarkan oleh sumber yang kurang kredibiliti untuk memberikan ulasan sahih.

Walaupun terdapat persetujuan dalam kalangan komuniti perubatan bahawa tidak ada penawar untuk COVID-19, terdapat ramai yang mengaku diri pakar dan cerdik pandai dalam pelbagai media sosial dan mereka menyarankan cara-cara untuk melindungi diri daripada virus atau menyembuhkan penyakit. Segala petua ragu disyorkan, daripada mengambil peluntur atau cecair antibakteria dalam dos rendah kepada tindakan menakutkan orang ramai menjadi kebiasaan.

Maklumat salah, dan mitos sesungguhnya boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan awam dan menghalang pengambilan langkah-langkah pencegahan berasaskan bukti sebagaimana yang dinasihatkan oleh pakar-pakar kesihatan awam terkemuka.

Matlamat fakta COVID-19 adalah untuk memberikan maklumat yang tepat dan sahih bagi menangkis mitos yang semakin menular di platform media sosial.